Sebuah NGO berdaftar Pertubuhan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 2020. Matlamat NGO adalah membantu masyarakat terutama di kalangan usahawan untuk meningkatkan ekonomi dan memajukan taraf hidup masyarakat melalui latihan dan kursus serta platform e-dagang yang disediakan oleh pihak Persatuan Usahawan Digital Industri Kecil Dan Sederhana Daerah Tuaran. PERDIKS adalah NGO yang diasaskan dan diinisiatifkan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Rugading pada 2019 (Mesyuarat Penubuhan) hingga kini. PERDIKS telah melebarkan sayapnya ke beberapa Daerah di Sabah seperti Beaufort,Papar,Membakut,Keningau,dan Kota Marudu.
PENGENALAN
Kegiatan Usahawan di PPR Taman Sri Rugading telah bermula dari 2017 melalui Pusat Internet PPR Taman Sri Rugading, Kegiatan keusahawanan telah mengumpulkan dan melahirkan banyak usahawan dan menyebabkan tertubuhnya Persatuan Usahawan Digital Industri Kecil Dan Sederhana Daerah Tuaran. Persatuan Usahawan Digital Industri Kecil Dan Sederhana Daerah Tuaran ditubuhkan pada 28 Januari 2020 melalui kerjasama Pusat Internet PPR Taman Sri Rugading bersama Pusat Internet Klustering Tuaran di Daerah Tuaran bersama-sama usahawan-usahawan yang terdapat dalam Pusat Internet Klustering Tuaran. Mengikut data Pusat Internet Klustering Tuaran,seramai lebih 200 Usahawan yang aktif terdapat dalam Pusat Internet Klustering Tuaran. Inisiatif telah diambil oleh Pengurus Pusat Internet PPR Taman Sri Rugading En Azlee Bin Okee untuk menubuhkan satu Persatuan Usahawan Digital Industri Kecil Dan Sederhana Daerah Tuaran bagi mengumpul semua usahawan yang ada dalam Pusat Internet Klustering Tuaran. Langkah ini membantu usahawan di seluruh daerah Tuaran bergerak lebih aktif dan berpersatuan dalam mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih teratur dan mempunyai suara sebagai ahli dalam persatuan. Hal ini juga memastikan suara usahawan menjadi lebih didengar dan mempunyai saluran yang lebih besar dan luas melalui persatuan yang dianggotai
ADUN N13 PANTAI DALIT
Pengerusi INNOPRISE CORPORATION SDN. BHD
YBHG Datuk Johari Saiman
Setiausaha Politik
YAB Ketua Menteri Sabah
Di Kementerian Kewangan Sabah
Ketua Unit Pemasaran Online FAMA Sabah
PRESIDEN PERTUBUHAN PRIHATIN BUMIPUTRA SABAH
PRESIDEN PERTUBUHAN RUMPUN ETNIK SABAH (PRESBAH)
PRESIDEN GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL NEGERI SABAH (G3PNS)
EN AZLEE BIN OKEE
PN HARYATI BINTI ABDUL KAHIM
CIK NORSIAH BINTI SAMAN
PN NOR HAYANIH BINTI AMINUDIN
PN RAFIDAH BINTI DZULKIFLEE
PN MAIMUNAH BINTI MADIEL
AJK 1
SITI RUPIAH TAN
AJK 2
SALWINA BINTI HANAL
AJK 3
ROSLIZAH BINTI SAUDIN
AJK 4
ERIY BINTI DUSUN
Pn Rosinah
-
En Boby
Pn Hawa Karmin
Pn Octavia
PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) PPR TAMAN SRI RUGADING
RUGADING COMMERCIAL CENTRE,S4-1-37,JALAN TELIPOK LAMA,
89208 TUARAN SABAH
AGRO HUB FAMA SABAH,KKIP,SEPANGGAR 88450 KOTA KINABALU SABAH
PENDAFTARAN CAP DAGANGAN PERDIKS 2022 - 2032
(JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA)
Telah sah berdaftar di Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 11 Februari 2020
YB JASNI BIN DAYA
Pihak AJK Tertinggi PERDIKS Tuaran telah melantik YB Jasnih Bin Daya sebagai PENASIHAT 1 untuk membantu lagi PERDIKS Tuaran mengembangkan Persatuan ini dengan lebih maju dan berdaya saing
YANG BERBAHGIA DATUK JOHARI SAIMAN
Setiausaha Politik YAB Ketua Menteri Sabah
Pihak Ahli Majlis Tertinggi PERDIKS telah bersetuju melantik Ybhg Datuk Johari Saiman sebagai salah satu panel penasihat PERDIKS dalam membantu PERDIKS berkembang lebih maju kedepan
En Muhammad Ruzaini Bin Baddri (Ketua Unit Pemasaran Digital FAMA Sabah)
Pihak AJK Tertinggi PERDIKS Tuaran telah melantik En Muhammad Ruzaini Bin Baddri sebagai Penasihat 2 untuk membantu lagi Persatuan bekerjasama dengan Agensi Kerajaan dalam membantu usahawan dan ahli.
En Mohd Saiful Bin Maun (Influencer Media Social Sabah & Usahawa)
Pihak AJK Tertinggi PERDIKS Tuaran telah melantik En Mohd Saiful Bin Maun sebagai IKON PERDIKS Tuaran untuk membantu Persatuan mempromosikan dan memperkenalkan Persatuan melalui media social serta membantu usahawan memasarkan produk melalui media social.
EN AZLEE BIN OKEE
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Terima kasih kepada yang telah menjadikan PERDIKS Tuaran sebagai wadah perjuangan dalam bersama-sama membangunkan dan membantu usahawan khasnya serta masyarakat amnya. PERDIKS Tuaran ditubuhkan bertujuan bagi membantu usahawan dan masyarakat untuk menjalankan perniagaan melalui Digital dan banyak lagi.
Tertubuhnya PERDIKS Tuaran sejajar dengan keperluan usahawan masa kini iaitu mengenai perlunya Perniagaan DIGITAL. Pelbagai inisiatif telah dirangka dalam membantu usahawan Sabahan untuk menempuh cabaran baru dalam era Covid-19 ini.
PERDIKS Tuaran berharap agar PERDIKS menjadi salah satu badan yang mampu membantu kerajaan dalam memastikan keperluan persediaan DIGITAL seiring dengan kehendak Kerajaan. PERDIKS bersedia menjadi salah satu badan yang membantu kearah itu untuk memastikan para usahawan mampu bersaing bersama dalam era perniagaan digital.
Kerjasama antara Agensi,Kerajaan dan NGO lain sangat-sangat penting dalam memastikan kerjasama ini membantu dan memudahkan usahawan berhubung terus kepada Agensi,Kerajaan dan NGO yang mampu membantu mereka dari pelbagai segi . Pihak PERDIKS sudi menjadi jambatan kepada usaha itu.